Wednesday, December 22, 2010

Award yang Sama dari Dua Orang

Salam.
Hari ni Fatimah Ali sesangat happy sebab dapat award pertama dari dua orang yang saya sayang (please la jangan loya baca statement ni ye) ;) Mereka itu adalah Farah dan Kak Yaya


Saya dapat friendship award! thanks ye. Hope our friendship will be long lasting and forever (including all the GH). Kepada kak Yaya.. Pesanan ni sama jugak macam Farah pesan. Anda dipaksa datang ke istana kami okay. Tak ada apa-apa alasan diterima.hehe~

Ok lah. Nak tag kat lain-lain semua dah di tag. So award ni saya bagi kepada sesiapa yang nak. (baget famous je orang nak datang amik kan) =p Thanks lagi sekali to both of you! :)
Byeee~



Sunday, December 19, 2010

Kisah kehidupan seorang Justin Bieber

Salam...
Hari ni tetiba rasa cam nak baca pasal artis pulak.. So pegi la terjah Oh Artis kejap dan baca pasal si kacak Justin Bieber tu.. Kan kat playlist saya tu ada cover lagu dia yang buat saya gila nak dengar je. 'That Should Be Me'. So sekarang saya nak cite la pasal dia dari pe yang saya baca..  Ni la biodata dia yang saya amik dari oh artis!


NAMA: Justin Drew Bieber
TARIKH LAHIR: 1 Mac 1994
UMUR: 16 tahun
ZODIAK: Aquarius
ASAL: Origin Stratford, Ontario, Kanada
GENRE: Pop, R&B;
KERJAYA: Penyanyi dan pencipta lagu
INSTRUMEN: Vokal, gitar dan piano, perkusi dan trumpet


Kisah Babak 1: Kemiskinan pendorong Justin Bieber
KEHIDUPANNYA sangat miskin sebelum menjadi terkenal. Malah, pernah bekerja sebagai ‘busker’ (pemuzik jalanan).
Penyanyi remaja popular kelahiran Kanada ini sering membuat persembahan sekitar bandar Stratford, Ontario, berdekatan dengan rumahnya untuk menyara kehidupannya dan ibu.
Wang daripada hasil persembahan jalanan itu jugalah digunakan Bieber untuk membawa ibunya, Pattie Mallette menikmati percutian pertama kali dalam hidup mereka. “Saya membawa ibu bercuti ke Walt Disney World di Florida dan itulah kali pertama kami naik kapal terbang. Saya menabung sebanyak AS$3,000 dan percutian itu amat menarik,” katanya.
Penyanyi terkenal dengan lagu Baby Baby ini turut mendedahkan tiga tahun lalu, dia dan ibunya pernah mendapatkan perlindungan di gereja di kawasan penempatan mereka kerana terlalu susah.
Namun, semua itu hanya tinggal kenangan kerana kini Bieber bukan hanya dikenali sebagai penyanyi, tetapi bintang kegilaan ramai yang menerima puluhan ribu dolar untuk sekali persembahan.
“Saya berasa dirahmati dan gembira dapat membahagiakan ibu saya yang selama ini menempuh pelbagai kesukaran untuk membesarkan saya.Visit www.ohartis.com
“Wang bukan lagi masalah buat kami namun, itu tidak pernah membuatkan kami lupa pada kehidupan dulu. Malah, ia detik sukar yang indah pernah saya dan ibu lalui bersama,” katanya. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 oleh ibunya yang ketika itu baru berusia 18 tahun. Dia dibesarkan dengan asuhan ibu tunggal kerana ibu bapanya tidak pernah berkahwin. Bagaimanapun, Bieber mengakui dia masih saling berhubung dengan bapanya. Bakat Bieber dikesan oleh Scooter Braun yang terpesona dengan kebolehannya ketika menyaksikan klip videonya di laman youtube.


Selepas berjaya menjejaki Bieber, Braun mengaturkan pertemuan dengan penyanyi Usher di Atlanta, Georgia dan akhirnya Bieber ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan oleh Usher. Penyanyi R&B; terkenal, Usher yang mengunjungi Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menjayakan konsert Usher Live In KL juga sempat memuji remaja itu sewaktu diajukan soalan mengapa dia memilih untuk mendidik Bieber.

“Dia bukan seorang remaja biasa, tetapi Bieber begitu istimewa. Dia boleh bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, perkusi, piano dan trumpet. “Berbakat besar dan minat mendalam yang ditonjolkan itulah membuatkan saya mahu menjadikannya seorang bintang. Saya senang bekerja dengan Bieber kerana seronok apabila bekerja dengan orang yang mempunyai kesungguhan,” katanya.

Kisah Babak 2: Superstar 16 tahun
“SAYA akan menjadi superstar satu hari nanti,” begitulah janji Justin Bieber kepada ibunya, Pattie Mallette ketika dia masih kecil.
Kata-kata yang dianggap hanya sekadar angan seorang kanak-kanak naif, akhirnya berubah menjadi kenyataan. Tambah mengagumkan, Bieber tidak perlu meniti dewasa atau menempuh lebih banyak cabaran dalam hidupnya untuk mencapai hasrat itu kerana sebaik melangkah usia 16 tahun, dia berjaya membuktikan dan merealisasikan kata-katanya.
“Dulu ibu hanya ketawa apabila saya berkata begitu walaupun saya benar-benar maksudkannya. Namun, sekarang dia tersenyum dan berbangga dengan saya,” katanya.
Sejak kecil lagi Bieber menyimpan hasrat untuk menjadi terkenal dan seorang yang berpengaruh. Semangat itu didorong keinginan untuk keluar dari kehidupan yang daif.
Penyanyi kelahiran Origin Stratford, Ontario, Kanada ini kini terkenal dengan lagu Baby Baby.
Bakat dimilikinya menarik minat penyanyi R&B; terkenal, Usher apabila ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan Usher.
::Di copy sebijik ye dari pe yang saya baca!:: =p

Apa-apa pun saya memang minat dia...hehe  ;) . So kalau nak baca lagi pasal artis-artis silalah ke oh artis ye!*kepada yang dah tau pun saya nak kasi tau jugak~ =p

Saturday, December 18, 2010

Kesedapan Makanan di The Manhattan Fish Market ;)

Salam...
Tetiba teringat nak cite something kejap malam ni sebelum tengok Mari Menari episod akhir..(layan jugak kan walaupun dulu saya rasa tak best)hehe. Alang-alang sekarang ni saya duk kat umah tengah praktikal ni so boleh la gak tengok..Rasanya sape yang menang ek?? Tengok jela dulu yek! ish.. Intro selalu saya cite benda yang lari tajuk kan. Kalau jawab exam memang dah dapat 0 untuk introduction nih..adeh.

Okay la dah nak start dah ni.. Bersediakah anda??haha.(poyo je lebih) ;)  Cite macam gempak je...ciss. Last week kalau tak salah saya hari ahad saya dengan kakak2, abang ipar dan anak-anak buah saya pegi Alamanda. Dulu selalu pegi sana pun just pegi dataran Putrajaya je bawak anak2 buah dua orang tu Benji dan Dania (oppsss bukan nama sebenar yea). Dah agak lama tak ke Alamanda dengan dorang. Kali ni kitorang pegi semata-mata untuk makan je.. (pdahal memang selalu semata-mata untuk makan!) Sebab kami ni memang penggemar-penggemar makanan...cewahh!!

Makanan yang kitorang makan memang not bad..(walaupun tersangat lah muak bila dah abis makan)hehe. Nasib baik dah abis makan baru rasa muak.. ;) tengok la kat bawah~




da 3 sebenarnya..Tapi 1 lagi dah disantap sebelum sempat buat apa-apa..ish3..


Manhattan Flaming Prawns yang sangat sedap!


tetiba nak upload gambar sendiri lak.. kawan saya cakap macamm dah gemookk.. yes3!


Its time to flame those prawns~*tengok dibelakang tu*


ni lah rupanya bila dorang dibakar..aduhh! gambar di copy dari blog Vialention..
nak tau pasal menu-menu sedap yang lain kat sana pegi la jengok blog 2.. ;)


Ok lah...masa untuk saya post!! nak pegi tengok Mari Menari dah ni..Dah start dah pun..alamak. Selain dari blog tadi tu..Korang boleh pegi ke web dia yang comel terus ye.. click sini..





Sunday, December 12, 2010

SHIMANO STELLA SW10000PG

>.< cute bunny
Salam...
Morning! First time sebenarnya saya post something pagi-pagi ni.... Jam 11.24 (boleh dikatakan pagi la tu kan??) ;) Sekarang ni musim cuti staff-staff TNB sebab semua nya tengah menghabiskan cuti gantian. Kalau dorang tak amik cuti kang next year burn la cuti dorang tu.. Memang patut pun dorang cuti kan kalau tak cuti tu bukan nya berbayar pun..hehe. Jadi adalah masa gak tuk aku buat post entry ni.. :)

Adeh! Dah melalut dah ni. Baca tajuk je mesti ramai yang tak tau kalau orang yang baca tu bukan Kaki pancing kan..Shimano Stella ni apa yang saya tau dia memang favourite dikalangan kaki pancing.. Dia sebenarnya spinning reel yang ada dekat pancing yang kaki pancing guna tu la.. Rupanya benda tu pun ada banyak jenis, model, brand..ish3. Baru la saya tau. Nama dia pun dah cukup sedap dengar kan.hehe.

Mesti pelik kan nape saya cakap pasal ni tetiba.. Adakah saya kaki pancing?? Oh! Tidak sama sekali. Saja ja nak cite pasal ni sebab baru semalam je abang saya tu yang bernama Azrul Mell beli Shimano Stella SW10000PG tu. Kak saya pun dah cukup pening dengan minat abang saya tu.. Tapi nak buat camne kan dah tu hobi dia.hehe.(walaupun terpaksa) :) Yelah, kos nak beli benda alah tu pun dah berapa kan.. Saya tengok harga dia alamak! RM4715.00!! So saya pun tanya la betul ke harga dia sampai macam tu?? Rupanya memang betul tapi sebab abang saya tu salah sorang member then dapat la lebih kurang RM3200. (banyak gak bezanya tu kan)ish3.. Tapi bagi student macam aku ni still mahal lagi la!huhu

Dia beli tu pun sebab dia ada plan.. Bulan 1 next year dia nak pegi Phuket lagi. Yela memang dah gian kot mentang-mentang la gambar and cite dia dapat ikan kat Thailand masa dia pegi last year masuk paper Berita Harian 30/10/10 kan.. haha. Kalau nak baca pasal tu click sini jer.. Nak tunjuk sikit lah paper berita harian part Joran yang ada gambar dia tengah tersengih dengan ikan dia tu.. =p

Tersengih bangga sampai telinga dengan ikan yang dia dapat!!


~actually ada lagi yang dia beli tapi saya pun tak tau pe ntah nama benda alah tu semua~haha. So update pasal stella jelah.



Inilah rupanya Stella tu!

p/s: saya ni gelabah je lebih taip entry ni pukul 11.24.. sekarang ni dah 2.15 pun still tak post lagi haa..

Okay..jumpa lagi. bye...



Timmyummy Disenarai Blog Baru (2010) Pilihan - 7 no. 254

Salam...oppss. Dah berapa hari tengok senarai yang tercalon ni then hari ni baru rasa nak post something pasal tu..hehe. Tengok tajuk je dah tau kan sebab pe entry ni ditaip.. ;) Saya nak cakap lagi sekali lah. Blog saya ni dah tersenarai dalam BPM dalam pilihan ke 7 yea number 254. Kalau tak pecaya cuba tengok ni..hihi~



~tu la yang no 254~

Saya join ni pun sebenarnya bukan sebab pe.. Sebenarnya saya x tahu pe2 pun ni untuk apa. Dah tengok cam ramai je orang join so saya pun join jela. (ntah apa-apa je kan)huhu. Then sekarang baru lah tahu.  Pe salahnya kan lagipun ni untuk blogger-blogger baru 2010!

Kat sini saya nak kasi cara-cara untuk undi: 


Cara-cara nya adalah:
  • Undian peringkat pertama - semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog  bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua..
  • Undian peringkat kedua - 50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5. harap anda setuju..
  • update :  keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..
  • Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog anda seperti dalam senarai, bukannya nama blog  anda..
  • update :  gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti..

P/S: kalau still tak clear pasal ni pegi terus ke BPM ok..klik sini jer~



Tempoh Untuk Undian!!

Baiklah saya nak umumkan tempoh untuk anda semua boleh mula mengundi. tapi bukan undi sekarang ye..


Setelah diteliti dengan keadaan sekeliling, tempoh undian untuk peringkat pertama ni adalah:


Jam 7 pagi 13 disember (isnin) - jam 7 pagi 17 disember (jumaat)


Tapi tapi tapi kan..saya ni sangat-sangat lah tak pandai nak promote blog saya ni.. Camna tu ye!(tu pun ada hati nak masuk) =p. Ok lah sampai sini dulu ye ngomelan ku..hihi. Jumpa lagi~ 







Monday, December 6, 2010

Blog Baru (2010) Pilihan



Salam...
Sebelum tu, salam maal hijrah ye~Tetiba tengah blogwalking time tepat pukul 1.10 pagi (dah masuk maal hijrah) ;)..saya terbaca satu entry pasal Blog Pilihan Malaysia atau BPM la orang panggil..hehe. Saya teringin nak join ni salah satu sebab terbesar nya sebab ni untuk blogger-blogger baru je. (bape banyak sebab la kan..) Senang cakap ni cuma untuk blog-blog terbaru dalam 2010 ni je..saya lah salah sorang nya tu!

Kat sini saya kena kasi tahu bila 1st entry and link blog tu skali.. So, entry pertama blog saya tajuknya adalah Assalamualaikum ! ♥ bertarikh 7/11/2010..(baru gak lagi kan). Yelah dah nama pun entry pertama kan.. Bagi salam la dulu yea..hehe! Jadi.. Kepada sesiapa yang blogger baru dalam 2010 yang nak join ni sila lah ye click sini~ Sebelum ni tarikh tutup pada 7/12/2010 tapi dah dianjakkan ke 8/12/2010 jam 3 petang okay..jom lah join sekali.. (: 




Saturday, December 4, 2010

Kau Laksana Bulan ♥

Aku tidak melihat cintamu
dengan sepasang mataku....
Aku menyuluhnya dengan mata hatiku.

Ehem ehem..! Diharap supaya tidak disalah erti kan yea.. Sebab tajuk entry ni dah cukup jiwang saya rasa. Tapi ia sama sekali tak ada kaitan dengan hidup dan mati saya ok. (ish! pe kaitan dengan mati pulak ni).. Saya cuma nak cite pasal novel terbaru yang saya baru abis baca semalam.. tu la tajuk nya. Kau Laksana Bulan~ yang dibeli oleh kakak saya..saya cuma tumpang baca je. rugi kan kalau dua2 orang nak beli..(padahal memang kedekut nak beli) haha. 

First tengok tajuk novel ni saya rasa macam tak best je..dah la tajuk nya jiwang gile. Sebab tu la saya baru je baca lepas akak saya beli beberapa bulan yang lepas.huhu. Tapi buku ni tulisan Aina Emir n saya memang suka buku yang dia tulis. So saya try la jugak baca even mula-mula saya rasa macam tak best.

Lepas dah baca buku ni sikit saya dah mula suka.. Rupanya buku ni seronok! ish3..Ruginya saya tak baca awal-awal dulu lagi..huhu. So saya nak saran kan orang lain pulak baca buku ni.. Bagi yang dah baca tu bagus2.. ;)
Di sini saya nak bagi sinopsis novel ni ok:

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu
banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya
mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak
pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang 
disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering
terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki
itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang
meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing,
kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi.
Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada.
Dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya.
Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula
menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit."

dicopy dari novel tu sendiri ya! hehe
TQ.


Ini lah novel trsebut....
So..Dont Judge a Book by its Title ya! ;)



Petua Serikan Wajah Anda...


PETUA SERIKAN WAJAH

Salam...
Hari ni tetiba cam teringin plak nak bagi petua...Saya rasa petua ni memang ramai orang perempuan nak kan.. Tapi apa salah nya kalau lelaki pun try..hehe. Kalau tengok muka saya ni pun tak da la berseri pun kan..haha! Tapi kalau ada sesapa yang cakap berseri tu tima kaseh la ek.. ;)

Ok la cakap terus terang jela yek.. Bahan-bahan tuk buat ni pun tak susah memang kita selalu pakai pun.
Setiap pagi cucu muka dengan daun teh yang dah direndam. Sapu teh tu kat muka lebih kurang 10 minit then basuh dengan air bersih..

Cara kedua... Kita boleh sapu muka dengan putih telur.. Biarkan 10 minit jugak dan basuh.. Try buat dalam seminggu then tengok pe hasilnya ok.. Selamat mencuba dan selamat beramal..~




Sunday, November 28, 2010

cmna ek nak rajin kan diri update blog??

salam...
salah satu dari masaalah saya bila dah create blog macam ni lah...aish!asyik tengok blog orang lain tapi blog sendiri malas nak update..ish3..tapi saya nak buat azam baru start dari esok hari.haha. (benda lain tak nak beazam pulak Fatimah Ali oii)!! saya sekarang adalah student yang sedang berinternship di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Subang Jaya.. kadang2 banyak keja tp kadang2 rehat tak buat apa2 bejam jam!haha..kalau lah keja sebenar seindah itu...alangkah best tahap kritikal..huhu

So..mulai esok saya nak bawak je lappy ni ke tempat keja tu ha..dan start mengupdate apa yanag patut..hehe. Boleh la kan??pe salah nya tengah praktikal je ni...dorang kat tempat keja tu pun kesian kat saya ni budak yang kadang2 kebosanan..hukhuk!akak satu tenpat keja tu pun cakap boleh je bawak sendiri punya..hihi. Apa2 pun..praktikal kat situ memang best..sebab da ramai staff staff yang best dan lebih kurang sebaya! dorang memang tak belagak pun even engineer or exec kat situ..baru baru ni pun saya dah join tournament bowling tuk staffs TNB Subang Jaya kat Ole Ole Shah Alam..dorang memang sempoi r even yang dah berumur pun still join..apa apa pun..thanks kat TNB Subang Jaya yang sudi terima saya ya! :)

Alamak! esok ada perhimpunan la pulak..So kena keluar awal dari biasa la jawab nya..huhu. Sekarang ni pun saya berulang alik dari Balakong ke Subang..Saya tau semua mesti cakap jauh. Tapi bila hari2 berulang alik dengan abang saya yang macam bawak superbike tu..rasa sekejap ja!!(walaupun setiap hari sebelum naik kena mngucap dulu)hehe. And setiap hari singa besar Sunway Pyramid tu lah yang saya wish good morning dulu! haha.Ok lah setakat ni dulu lah ye..Ok la jugak kan compare if saya tak update apa apa kan..hihi.daaaa...~~ 




Wednesday, November 24, 2010

Blogger in da house : Khas buat blogger baru ..

salam....
saya juga mau ikut buat ni okay....haha. yela dah saya ni blogger baru kan. Tangan ni still terkial kial nak buat apa-apa pun...hish!sorry sangat la ye dengan blog yang agak keburukkan ni...pe2 pun saya still rasa blog ni best dan salah satu nya adalah blog abg ben ni!


Latar belakang blog saya??nak cakap pe ek?aduh! saya juz saja-saja buat blog ni ikut kawan sebab macam best je dorang buat...hari-hari da cite baru pasal blog bla bla bla.....so saya pun x nak ketinggalan buat lah jugak..hehe.rupanya best gak kan blog ni..mula-mula x nak buat sebab takot x tau nak taip apa je...last last buat jugak...maka terciptalah blog Timmyummy  ini...hikhikhik~ skema jap!


so kepada blogger yang menjenguk blog saya ni jangan lah malu malu nak follow and komen pe2 ye..cian saya baru ada bape followers je..haha. Saya pun agak kesian kat diri sendiri...kihkih! thx~

Wednesday, November 10, 2010

^ Learning Process ^

Hi

YoYoCiCi - make a roll forward.yes!! arini dah abes exam....mmg gilak la prasaan syok ni...hehe.tp cmna pun mgantuk still mlebihi prasaan syok 2..klu tya psl leh jwb atau x suma pper 2 so jwapan aku 'ntah la'..!! (mmg jwapan sejak azali). x perlu nk tya2 lg sbb bg aku slagi result x kuar slagi 2 jwapan leh jwb atau x 2 palsu! cos kdg2 dah confident tp result ntah pa2 jugak..ish3..tp 2 memang slh diri sndiri lah Fatimah ali oii.....nak wat cmna kan kalau dah pemalas tahap kritikal camni...!

YoYoCiCi - make a roll forward.Entry learning process ni cuma nak gtau yg saya tgh blajar lg psl blog ni...haha. Geng gagak asyik bahan ja sbb dah berhari hari sy jus tukar layout jek! post nya tak pun..sabar2 lah weh.. nnti kang x larat plak nak baca blog cemerlang lagi sensasi ni..8-P*x leh lari dr puji diri*...hikhik! Minta maap la yea...dah bapa ari dah sbnarnya nak cita psl movie yg aku g tgok baru2 ni ADELA: the rise of mummy..tp x pe lah! cam dah lapuk je...cita 2 pun x da la best sgt..tgh tengok 2 leh rosak gak la..boleh plak cita psl nak idup kan mumia firaun...ish3..mumia 2 pun cam lawak gila...

YoYoCiCi - make a roll forward.cita b4 ni yg aku tgok lagi teruk...tajuk Buried !! cam hampeh btul...dah la tgok kat Sunway Pyramid..RM14 la 1 tiket..nsib bek x kuar duit sndiri..(2 pun nak bsing kn pdahal x kuar sesen pun)emm..dari awal cita da sorg pelakon je yg duk trtanam dalam coffin n smpai abis movie 2 dia mati kat dalam 2 ja without cita pe jadi kat org luar yg nak try slamat kat dia...so dari awal cita dia duk try call org nak suh slamat kan dia. GILAK pya movie! k la...yg pasal learning process ni..if pa2 yg aku buta psl blog ni tlg ajar ek..n thx 2 sifu2 yg ajar sy yea....

♥ Farah


yoyocic-whateverni lah movie pasal nak hidup kan org mati n mumia 2!

Sunday, November 7, 2010

Assalamualaikum ! ♥

Jeng jeng jeng.......
I'm a new blogger mahu post smthing....
So..dats y lah title 1st d atas assalamualaikum~
perlu x nak cita psl diri sndiri dulu??x perlu 'lagi' kot kan???
paham2 jela mksud 'lg' 2...next time perhaps!
Cos skg ni yg followers 2 pun dr geng gagak jugak...mestila dah expert psl sy kan 
*even sy agak prasan sndiri* =D hikhikhik
Nak cita psl nama sy jela..!!(pdahal td ckp x nk cita 'lg')..

Nama diberi FATIMAH BT. ALI
simple kan..org slalu tya nama fatimah je ke??x da siti atau nur kat depan??ish3...
bila nama pjg ckp mak ayah bg nama pjg myusahkan anak2....
bila dah da nama pendek lg mau tya ka??apa2 jelah!
org nak panggil pa2 pun ok je....*even ramai yg pggil Timah...haha
dulu dari kecik g ramai org pgil cam 2...tp kak aku marah plak..!
Then dia wat nick name baru tuk aku....
amik hang!!skg ni mcm2 nick name cukooppp

da yg pgil
  Timah  Tim  Ima  Imah  Ema  Timoot (yg ni mmg sound weird) hehe
tp..sbb nma yg pendek 2...
rmai yg pggil nama penuh siap binti skali...
puas hati! haha

Pe2 pun thx kat mak ayah sbb brjaya mghasilkan aku.....
product kalian ni mmg terbaek lah......!!
*bg sy sndiri la...hehe (prasan kali ke2) 

Smpai umo 22 ni...ni lah hasil nya.....











:: I'm not pretty ♥ I'm not perfect  ♥ I'm just ME !! ::