Saturday, December 4, 2010

Kau Laksana Bulan ♥

Aku tidak melihat cintamu
dengan sepasang mataku....
Aku menyuluhnya dengan mata hatiku.

Ehem ehem..! Diharap supaya tidak disalah erti kan yea.. Sebab tajuk entry ni dah cukup jiwang saya rasa. Tapi ia sama sekali tak ada kaitan dengan hidup dan mati saya ok. (ish! pe kaitan dengan mati pulak ni).. Saya cuma nak cite pasal novel terbaru yang saya baru abis baca semalam.. tu la tajuk nya. Kau Laksana Bulan~ yang dibeli oleh kakak saya..saya cuma tumpang baca je. rugi kan kalau dua2 orang nak beli..(padahal memang kedekut nak beli) haha. 

First tengok tajuk novel ni saya rasa macam tak best je..dah la tajuk nya jiwang gile. Sebab tu la saya baru je baca lepas akak saya beli beberapa bulan yang lepas.huhu. Tapi buku ni tulisan Aina Emir n saya memang suka buku yang dia tulis. So saya try la jugak baca even mula-mula saya rasa macam tak best.

Lepas dah baca buku ni sikit saya dah mula suka.. Rupanya buku ni seronok! ish3..Ruginya saya tak baca awal-awal dulu lagi..huhu. So saya nak saran kan orang lain pulak baca buku ni.. Bagi yang dah baca tu bagus2.. ;)
Di sini saya nak bagi sinopsis novel ni ok:

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu
banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya
mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak
pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang 
disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering
terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki
itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang
meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing,
kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi.
Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada.
Dalam begitu, lelaki ini mampu mengganggu konsentrasinya.
Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri dan kini mula
menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit."

dicopy dari novel tu sendiri ya! hehe
TQ.


Ini lah novel trsebut....
So..Dont Judge a Book by its Title ya! ;)



4 comments:

farah shafy said...

ala nak baca gak..ni nak p impian ni..nak pinjam..hiihihi

Fatimah Ali said...

boleh boleh....mai la..
kedatangan btday girl mmg dinantikan..hehe

farah shafy said...

wawa..betol ni cik tim..abs la ak..orng dah pelawa ni..hiih..awal muharam selasa ni ada dak

Fatimah Ali said...

ada2..mai jela..bila2 pun blh..hehe