Wednesday, January 19, 2011

Kekuatan Dan Kelemahan Filem Kurafat

Ehem-ehem.. Tetiba nak buat movie review hari ni sebab baru semalam je saya tengok cita Kurafat arahan Syamsul Yusof. Mesti semua banyak dah tahu pasal sinopsis cita tu kan? Kat sini saya cuma nak bagitau pasal kekuatan dan kelemahan nya!

Kekuatan:
1. Filem arahan Syamsul Yusof! (sory saya memang suka dia) =p
2. Sound nya yang agak kebaboomm!
3. Jalan cerita yang lain dari yang lain

Kelemahan:
1. Jalan cerita yang lain tapi agak confius dan memenatkan bila tengok
2. Hantu nya yang kurang seram. Cuma mengejutkan penonton sebab semua 
hantu keluar tiba-tiba
3. Sakit kepala tengok sebab kamera nya asyik focus kat muka pelakon jek!

So bagi saya cerita ni biasa-biasa jek kecuali pengarahnya ;) ~~(kejam ak)haha.

*maybe sebab expectation saya dah melambung kot sebelum pegi tengok*


Monday, January 17, 2011

Tengok Wayang Di Rumah Melalui Astro First


Hye..
Entry ni ditaip sebab keterujaan empunya blog iaitu saya sendiri yang baru-baru ni sudah melanggan Astro First Channel 480 (akak saya yang beli sebenarnya sebab dia yang bayar bil) =p. Channel ni baru ja bermula dari 13 Januari 2011 (confirm lah beberapa hari yang lepas je kan!). Dengan adanya channel ni kita dah tak perlu susah payah nak pegi beratur beli tiket kat panggung wayang + kos-kos lain bila dah pegi tu kan?? Pelanggan just kena   bayar RM15 untuk setiap filem and boleh tengok dalam tempoh 48 jam selepas melanggan! Best kan. Sebab tiket wayang untuk sorang ja dah RM11 ke atas selalunya. So bila langgan channel ni kita boleh tengok satu family kat rumah.hehe (tapi nak tengok dengan buah hati korang mesti la pegi tengok wayang jugak kan??*korang je bukan saya tau  =p

Filem-filem yang ditayangkan sekarang adalah Ngangkung, Damping Malam dan Aku Masih Dara (kami langgan ngangkung even agak bosan!). Filem-filem akan datang adalah Kembar Siang, Hikayat Merong Mahawangsa, Dalam Botol, Dilarang Masuk, Senjakala, Kongsi, Keramat, Sekali Lagi, 3 2 1 Cinta, Senario Oops Pocot. 

Cara-cara melanggan:


p/s: Jangan risau yea sebab loading dia agak laju (:



Kritikan untuk Astro First:

1.  Cerita melayu sahaja yang ditawarkan buat masa sekarang.
2.  Ditayangkan selepas 2 minggu filem tersebut ditayangkan di pawagam.
3.  Pihak Persatuan Pemamer Filem Malaysia (Mafe) tidak akan berpuas hati kerana ia sedikit sebanyak      akan menjejaskan jumlah penonton di pawagam. (tapi kita tak kisah kan sebab kekadang kita tak da masa nak pegi panggung dan channel ni sangat-sangat sesuai bagi mereka yang berumur kan??dorang pun teringin jugak nak tengok wayang) =)


p/s: Nak tahu lebih lagi pegi ke laman web Astro First.



Sunday, January 9, 2011

Friendship is like a Butterfly, It Starts out in a Cocoon, Slowly Growing Day by Day..Then Blossoming into Something Beautiful! ♥♥♥

Sorry sebab tajuk entry yang panjang.haha.(tak pe la blog saya kan??) Saya rindukan dia..oppss! Siapakah dia tu ye? Dia adalah My Dear yang stay kat Penang sekarang. Jangan pelik pulak k sebab dia adalah best friend saya yang bukan Melayu.hehe. Knowing her is the best moment in my life sebab My Dear ni memang sangat-sangat baik. Saya rasa bila nak bekawan ni tak perlu nak bezakan bangsa kan?? Sapa setuju angkat tangan! =p 

My Dear ni lah yang banyak ajar saya supaya lebih concern pasal seseorang..lebih appreciate orang lain and kena pikir jugak orang lain tengah risau pasal kita. Sebab bila saya nak balik dari KL ke Kedah or pegi ke mana-mana yang jauh dia mesti pesan suruh saya bagitau bila saya dah sampai. Tapi kadang-kadang saya lupa nak gtau sebab saya jarang buat macam tu kat sesapa. Sorry sangat-sangat.huhu.

Jap-jap. Lupa lak nak cerita pasal My Dear tu..hehe. Nama sebenar dia Mar Chiew Yun. Nick nama Karen. Saya panggil dia Dear and dia pun panggil saya macam tu.. sweet tak sweet tak??haha! My Dear ni baru abis study kat UMS in International and Offshore Banking. Tak la baru sangat sebenarnya sebab dia abis bulan Mei 2010. Dan sekarang dia dah keja pun kat Penang kat tempat dia internship dulu. Best kan terus dapat keja and dah confirm pun. Congrats dear~

Kami kenal masa saya tengah tunggu result to further my degree. Saya keja kat Sunshine Square, Bayan Baru as a cashier and time tu dia keja as a promoter kat situ. Saya ni biasa la first kenal memang pendiam okay.hehe. So saya tak la rapat sangat dengan cashier lain. Bila dah kenal dia then baru la saya selalu ada kawan nak pegi makan time break. Sebab kadang-kadang dia akan tanya pukul berapa saya break and dia pun akan break time tu. Dia punya break time flexible sikit if nak compare dengan saya yang memang kena ikut schedule. huhu. Miss U a lot!! Last kami jumpa bulan Dec 2010 sebab time tu saya punya semester break seminggu lepas praktikal. =)

Ok lah. Saya nak tunjuk gambar-gambar kami..  (:

My dear okay! :)

Edited dari dia sendiri. thanks ♥


Gambar lama kami kat Perangin Mall

Sama tak sama tak??haha. ni lah yang saya bawak ke kelas hari-hari.

thanks for this! dapat ni time last day kat PG before register kat Shah Alam 

-Hope dapat jumpa you time mid term break CNY end of this month-


True Friends
There are many people
that we meet in our lives
but only a very few
will make a lasting impression
on our minds and hearts
It is these people that we will
think of often
and who will always remain
important to us
as true friends

-special for My Dear and GH jugak yea-





Wednesday, December 22, 2010

Award yang Sama dari Dua Orang

Salam.
Hari ni Fatimah Ali sesangat happy sebab dapat award pertama dari dua orang yang saya sayang (please la jangan loya baca statement ni ye) ;) Mereka itu adalah Farah dan Kak Yaya


Saya dapat friendship award! thanks ye. Hope our friendship will be long lasting and forever (including all the GH). Kepada kak Yaya.. Pesanan ni sama jugak macam Farah pesan. Anda dipaksa datang ke istana kami okay. Tak ada apa-apa alasan diterima.hehe~

Ok lah. Nak tag kat lain-lain semua dah di tag. So award ni saya bagi kepada sesiapa yang nak. (baget famous je orang nak datang amik kan) =p Thanks lagi sekali to both of you! :)
Byeee~



Sunday, December 19, 2010

Kisah kehidupan seorang Justin Bieber

Salam...
Hari ni tetiba rasa cam nak baca pasal artis pulak.. So pegi la terjah Oh Artis kejap dan baca pasal si kacak Justin Bieber tu.. Kan kat playlist saya tu ada cover lagu dia yang buat saya gila nak dengar je. 'That Should Be Me'. So sekarang saya nak cite la pasal dia dari pe yang saya baca..  Ni la biodata dia yang saya amik dari oh artis!


NAMA: Justin Drew Bieber
TARIKH LAHIR: 1 Mac 1994
UMUR: 16 tahun
ZODIAK: Aquarius
ASAL: Origin Stratford, Ontario, Kanada
GENRE: Pop, R&B;
KERJAYA: Penyanyi dan pencipta lagu
INSTRUMEN: Vokal, gitar dan piano, perkusi dan trumpet


Kisah Babak 1: Kemiskinan pendorong Justin Bieber
KEHIDUPANNYA sangat miskin sebelum menjadi terkenal. Malah, pernah bekerja sebagai ‘busker’ (pemuzik jalanan).
Penyanyi remaja popular kelahiran Kanada ini sering membuat persembahan sekitar bandar Stratford, Ontario, berdekatan dengan rumahnya untuk menyara kehidupannya dan ibu.
Wang daripada hasil persembahan jalanan itu jugalah digunakan Bieber untuk membawa ibunya, Pattie Mallette menikmati percutian pertama kali dalam hidup mereka. “Saya membawa ibu bercuti ke Walt Disney World di Florida dan itulah kali pertama kami naik kapal terbang. Saya menabung sebanyak AS$3,000 dan percutian itu amat menarik,” katanya.
Penyanyi terkenal dengan lagu Baby Baby ini turut mendedahkan tiga tahun lalu, dia dan ibunya pernah mendapatkan perlindungan di gereja di kawasan penempatan mereka kerana terlalu susah.
Namun, semua itu hanya tinggal kenangan kerana kini Bieber bukan hanya dikenali sebagai penyanyi, tetapi bintang kegilaan ramai yang menerima puluhan ribu dolar untuk sekali persembahan.
“Saya berasa dirahmati dan gembira dapat membahagiakan ibu saya yang selama ini menempuh pelbagai kesukaran untuk membesarkan saya.Visit www.ohartis.com
“Wang bukan lagi masalah buat kami namun, itu tidak pernah membuatkan kami lupa pada kehidupan dulu. Malah, ia detik sukar yang indah pernah saya dan ibu lalui bersama,” katanya. Bieber dilahirkan pada 1 Mac 1994 oleh ibunya yang ketika itu baru berusia 18 tahun. Dia dibesarkan dengan asuhan ibu tunggal kerana ibu bapanya tidak pernah berkahwin. Bagaimanapun, Bieber mengakui dia masih saling berhubung dengan bapanya. Bakat Bieber dikesan oleh Scooter Braun yang terpesona dengan kebolehannya ketika menyaksikan klip videonya di laman youtube.


Selepas berjaya menjejaki Bieber, Braun mengaturkan pertemuan dengan penyanyi Usher di Atlanta, Georgia dan akhirnya Bieber ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan oleh Usher. Penyanyi R&B; terkenal, Usher yang mengunjungi Kuala Lumpur baru-baru ini sempena menjayakan konsert Usher Live In KL juga sempat memuji remaja itu sewaktu diajukan soalan mengapa dia memilih untuk mendidik Bieber.

“Dia bukan seorang remaja biasa, tetapi Bieber begitu istimewa. Dia boleh bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, perkusi, piano dan trumpet. “Berbakat besar dan minat mendalam yang ditonjolkan itulah membuatkan saya mahu menjadikannya seorang bintang. Saya senang bekerja dengan Bieber kerana seronok apabila bekerja dengan orang yang mempunyai kesungguhan,” katanya.

Kisah Babak 2: Superstar 16 tahun
“SAYA akan menjadi superstar satu hari nanti,” begitulah janji Justin Bieber kepada ibunya, Pattie Mallette ketika dia masih kecil.
Kata-kata yang dianggap hanya sekadar angan seorang kanak-kanak naif, akhirnya berubah menjadi kenyataan. Tambah mengagumkan, Bieber tidak perlu meniti dewasa atau menempuh lebih banyak cabaran dalam hidupnya untuk mencapai hasrat itu kerana sebaik melangkah usia 16 tahun, dia berjaya membuktikan dan merealisasikan kata-katanya.
“Dulu ibu hanya ketawa apabila saya berkata begitu walaupun saya benar-benar maksudkannya. Namun, sekarang dia tersenyum dan berbangga dengan saya,” katanya.
Sejak kecil lagi Bieber menyimpan hasrat untuk menjadi terkenal dan seorang yang berpengaruh. Semangat itu didorong keinginan untuk keluar dari kehidupan yang daif.
Penyanyi kelahiran Origin Stratford, Ontario, Kanada ini kini terkenal dengan lagu Baby Baby.
Bakat dimilikinya menarik minat penyanyi R&B; terkenal, Usher apabila ditawarkan kontrak rakaman Raymond Braun Media Group (RBMG) dan albumnya diterbitkan Usher.
::Di copy sebijik ye dari pe yang saya baca!:: =p

Apa-apa pun saya memang minat dia...hehe  ;) . So kalau nak baca lagi pasal artis-artis silalah ke oh artis ye!*kepada yang dah tau pun saya nak kasi tau jugak~ =p

Saturday, December 18, 2010

Kesedapan Makanan di The Manhattan Fish Market ;)

Salam...
Tetiba teringat nak cite something kejap malam ni sebelum tengok Mari Menari episod akhir..(layan jugak kan walaupun dulu saya rasa tak best)hehe. Alang-alang sekarang ni saya duk kat umah tengah praktikal ni so boleh la gak tengok..Rasanya sape yang menang ek?? Tengok jela dulu yek! ish.. Intro selalu saya cite benda yang lari tajuk kan. Kalau jawab exam memang dah dapat 0 untuk introduction nih..adeh.

Okay la dah nak start dah ni.. Bersediakah anda??haha.(poyo je lebih) ;)  Cite macam gempak je...ciss. Last week kalau tak salah saya hari ahad saya dengan kakak2, abang ipar dan anak-anak buah saya pegi Alamanda. Dulu selalu pegi sana pun just pegi dataran Putrajaya je bawak anak2 buah dua orang tu Benji dan Dania (oppsss bukan nama sebenar yea). Dah agak lama tak ke Alamanda dengan dorang. Kali ni kitorang pegi semata-mata untuk makan je.. (pdahal memang selalu semata-mata untuk makan!) Sebab kami ni memang penggemar-penggemar makanan...cewahh!!

Makanan yang kitorang makan memang not bad..(walaupun tersangat lah muak bila dah abis makan)hehe. Nasib baik dah abis makan baru rasa muak.. ;) tengok la kat bawah~




da 3 sebenarnya..Tapi 1 lagi dah disantap sebelum sempat buat apa-apa..ish3..


Manhattan Flaming Prawns yang sangat sedap!


tetiba nak upload gambar sendiri lak.. kawan saya cakap macamm dah gemookk.. yes3!


Its time to flame those prawns~*tengok dibelakang tu*


ni lah rupanya bila dorang dibakar..aduhh! gambar di copy dari blog Vialention..
nak tau pasal menu-menu sedap yang lain kat sana pegi la jengok blog 2.. ;)


Ok lah...masa untuk saya post!! nak pegi tengok Mari Menari dah ni..Dah start dah pun..alamak. Selain dari blog tadi tu..Korang boleh pegi ke web dia yang comel terus ye.. click sini..





Sunday, December 12, 2010

SHIMANO STELLA SW10000PG

>.< cute bunny
Salam...
Morning! First time sebenarnya saya post something pagi-pagi ni.... Jam 11.24 (boleh dikatakan pagi la tu kan??) ;) Sekarang ni musim cuti staff-staff TNB sebab semua nya tengah menghabiskan cuti gantian. Kalau dorang tak amik cuti kang next year burn la cuti dorang tu.. Memang patut pun dorang cuti kan kalau tak cuti tu bukan nya berbayar pun..hehe. Jadi adalah masa gak tuk aku buat post entry ni.. :)

Adeh! Dah melalut dah ni. Baca tajuk je mesti ramai yang tak tau kalau orang yang baca tu bukan Kaki pancing kan..Shimano Stella ni apa yang saya tau dia memang favourite dikalangan kaki pancing.. Dia sebenarnya spinning reel yang ada dekat pancing yang kaki pancing guna tu la.. Rupanya benda tu pun ada banyak jenis, model, brand..ish3. Baru la saya tau. Nama dia pun dah cukup sedap dengar kan.hehe.

Mesti pelik kan nape saya cakap pasal ni tetiba.. Adakah saya kaki pancing?? Oh! Tidak sama sekali. Saja ja nak cite pasal ni sebab baru semalam je abang saya tu yang bernama Azrul Mell beli Shimano Stella SW10000PG tu. Kak saya pun dah cukup pening dengan minat abang saya tu.. Tapi nak buat camne kan dah tu hobi dia.hehe.(walaupun terpaksa) :) Yelah, kos nak beli benda alah tu pun dah berapa kan.. Saya tengok harga dia alamak! RM4715.00!! So saya pun tanya la betul ke harga dia sampai macam tu?? Rupanya memang betul tapi sebab abang saya tu salah sorang member then dapat la lebih kurang RM3200. (banyak gak bezanya tu kan)ish3.. Tapi bagi student macam aku ni still mahal lagi la!huhu

Dia beli tu pun sebab dia ada plan.. Bulan 1 next year dia nak pegi Phuket lagi. Yela memang dah gian kot mentang-mentang la gambar and cite dia dapat ikan kat Thailand masa dia pegi last year masuk paper Berita Harian 30/10/10 kan.. haha. Kalau nak baca pasal tu click sini jer.. Nak tunjuk sikit lah paper berita harian part Joran yang ada gambar dia tengah tersengih dengan ikan dia tu.. =p

Tersengih bangga sampai telinga dengan ikan yang dia dapat!!


~actually ada lagi yang dia beli tapi saya pun tak tau pe ntah nama benda alah tu semua~haha. So update pasal stella jelah.



Inilah rupanya Stella tu!

p/s: saya ni gelabah je lebih taip entry ni pukul 11.24.. sekarang ni dah 2.15 pun still tak post lagi haa..

Okay..jumpa lagi. bye...