Monday, January 17, 2011

Tengok Wayang Di Rumah Melalui Astro First


Hye..
Entry ni ditaip sebab keterujaan empunya blog iaitu saya sendiri yang baru-baru ni sudah melanggan Astro First Channel 480 (akak saya yang beli sebenarnya sebab dia yang bayar bil) =p. Channel ni baru ja bermula dari 13 Januari 2011 (confirm lah beberapa hari yang lepas je kan!). Dengan adanya channel ni kita dah tak perlu susah payah nak pegi beratur beli tiket kat panggung wayang + kos-kos lain bila dah pegi tu kan?? Pelanggan just kena   bayar RM15 untuk setiap filem and boleh tengok dalam tempoh 48 jam selepas melanggan! Best kan. Sebab tiket wayang untuk sorang ja dah RM11 ke atas selalunya. So bila langgan channel ni kita boleh tengok satu family kat rumah.hehe (tapi nak tengok dengan buah hati korang mesti la pegi tengok wayang jugak kan??*korang je bukan saya tau  =p

Filem-filem yang ditayangkan sekarang adalah Ngangkung, Damping Malam dan Aku Masih Dara (kami langgan ngangkung even agak bosan!). Filem-filem akan datang adalah Kembar Siang, Hikayat Merong Mahawangsa, Dalam Botol, Dilarang Masuk, Senjakala, Kongsi, Keramat, Sekali Lagi, 3 2 1 Cinta, Senario Oops Pocot. 

Cara-cara melanggan:


p/s: Jangan risau yea sebab loading dia agak laju (:



Kritikan untuk Astro First:

1.  Cerita melayu sahaja yang ditawarkan buat masa sekarang.
2.  Ditayangkan selepas 2 minggu filem tersebut ditayangkan di pawagam.
3.  Pihak Persatuan Pemamer Filem Malaysia (Mafe) tidak akan berpuas hati kerana ia sedikit sebanyak      akan menjejaskan jumlah penonton di pawagam. (tapi kita tak kisah kan sebab kekadang kita tak da masa nak pegi panggung dan channel ni sangat-sangat sesuai bagi mereka yang berumur kan??dorang pun teringin jugak nak tengok wayang) =)


p/s: Nak tahu lebih lagi pegi ke laman web Astro First.



No comments: