Tuesday, December 1, 2015

Resepi Cucur Ikan Bilis dan Kentang

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak tulis resepi sebabnya cucur ni aku duk buat dari zaman sekolah dulu lagi. Cucur yang budak2 pun suka sebabnya dia ada kentang!


Bahan-bahan:
1) Tepung gandum
2) Ikan bilis (kisar *jangan terlalu hancur)
3) Kentang (dipotong dadu)
4) Sedikit Garam
5) Bawang besar (optional. aku tak suka sangat letak bawang)

**bahan2 ni agak2 la yea banyak mana. Tepung jangan banyak sangat pulak kang cucur rasa tepung jee..
agak2 paras kentang tu ja

Cara-cara:
1) Masukkan ikan bilis yang dah dikisar dan kentang (dadu) ke dalam bekas
2) Masukkan tepung gandum, sedikit garam dan gaul sebati dengan air
3) Jika suka, boleh masukkan bawang dan cili besar yang dipotong jugak
3) Goreng 

Tuesday, November 24, 2015

Backpacking to Seoul, Korea (April 2016)

Salam..sejak dah bertahun tak aktif dalam blog. Yes sekarang rasa nak taip something. Sebabnya??

*Bila aku banyak cari segala macam info untuk ke Korea berdua dengan suami.. Aku rasa yes! Blog memang sangat membantu (maybe I can help others too). hehe. dan ni jugak boleh jadi rujukan aku in future sebab aku memang seorang yg pelupa. hih

Just sikit dulu la. Trip to Seoul berdua dengan suami:

Tarikh: 31 March 2016 - 06 April 2016 (7H6M)
Musim: Bunga (Spring)
Flight Ticket: AA (RM1800.++) untuk 2 orang

Sebelum ni dapat je tiket flight yang murah dari ni tapi disebabkan nak pergi jugak masa birthday aku, so ambik jela tiket mahal ni pun..sob

Kami bercadang untuk pergi sendiri. Banyak jugak info yang dah collect..dah pergi Matta Fair ambik Brochure bagai.. boleh jugak download. Tapi ambik yang real punya baru semangat sikit nak study. Amboih!

Lagi satu, website Korea Tourism sangat2 membantu sebab details sekali entrance fee and direction.

Contoh yg aku ambik dari Matta Fair (booth Korea Tourism)

Banyak jugak yang boleh download siap2 sebelum pergi dan pastikan boleh refer masa offline. Contohnya Jihachul (Subway) iaitu main transport kitorang kat sana nanti. Dari situ dah boleh masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Dan yang penting siap dah tau tambang berapa. Ok kan?At least kita dah boleh kira estimate budget untuk transport. 


Walaupun rasa macam lambat lagi nak sampai March 2016, Tapi kitorang dah start preparing our itinerary. Sebab pergi sendiri, so mesti la nak itinerary yang detail kan. Naik subway dia pun boleh tahan sebab aku pernah baca dorang cakap kita boleh sesat dalam dunia bawah tanah dia! banyak exit subway dia bila kita dah sampai mana2 station tuu.. alamak!!

Alrite sampai sini dulu. Bye~


Saturday, October 1, 2011

Kepada Bakal Pengantin...

Assalamualaikum...hye!

Lepas beberapa bulan menghilang kan diri dari dunia blog, now im here! ayat baget famous dowh.haha. Saya cuma nak share something. First time saya tengok atau dalam erti kata lain saya usha fb sorang photographer bernama Encik Amir. Sila lah melawat yea. :)

Mulut ni tak henti-henti sebut "Wow!!Cantik gilerr"... Memang sangat kagum dengan kelebihan yang Allah kurnia kan kepada beliau sampai boleh hasil kan gambar-gambar yang sangat cantik pada saya..

Ni antara gambar2 itu okeh. Yang selebihnya silalah melawat sendiri yea. 













Apa-apa pun, congrats to you Encik Amir. :)

Sunday, May 8, 2011

Gambar Perkahwinan Zed Zaidi dan Nelly Natalia

Assalamualaikum..hye! :)

Sangat cantek okeh majlis kawen Zed Zaidi ni yang berkonsepkan moden dan tradisional. Ada lagi yang best sebab dorang plan nak berbulan madu kat Dublin, Ireland. Zed Zaidi anggar kos keseluruhan perkahwinan ni lebih kurang dalam RM100,000. Tengok ni jom.











source from My Gosip.com

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Assalamualaikum..hye.



Okeh. Sekali lagi Fatimah Ali join segmen Abg Ben..Tak nak cakap banyak. First sekali kena letak header Abg Ben dan letak tajuk sekali link ke entry tersebut. Dua-dua done! :) 

Ni part yang agak mencabar.. Blogger yang nak join kena berikan satu cerita yang menginsafkan tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca  blog korang dan juga pembaca baru ..

Rasanya semua orang penah lalui. Especially kehilangan antara orang tersayang dalam hidup.hukhuk. Saya just nak kongsi cerita pasal anak jiran saya merangkap adik beradik jugak lah yang baru meninggal dua hari lepas je. Tersangat terkejut sebab akak saya sms cakap anak jiran saya yang baru berumur 11 tahun meniggal dunia. Saya dapat berita dia cuma demam tapi mak ayah dia tak bawak pegi cek kat hospital. Bila dah teruk baru pegi dan doktor sahkan dia sakit appendix. Time tu appendix tu dah pecah dan kuman dah merebak. Tambah teruk lagi bila paru-paru dia dah bernanah dan dia disahkan meninggal dunia.  
Memang terkilan sangat dengar pasal ni. So, ibu bapak sebenarnya tak boleh amik ringan bila anak sakit even dia demam je. Sebab kadang-kadang dia demam tu disebabkan ada penyakit lain yang kita tak tahu okeh. :(

Ok lah sampai sini je dulu yea. Sesapa yang nak join sila kelik tajuk di atas atau kelik je sini.. :)

  


Wednesday, February 23, 2011

♥ F4-04-06

Assalamualaikum...hye

Sepanjang minggu ni memang asyik nak cita pasal kawan-kawan je.. Tapi kali ni bukan pasal GH. Tapi ni pasal BFF Fatimah Ali sepanjang belajar kat diploma dulu..oopps. Sebenarnya kawan sampai sekarang okeh. Sebab salah sorang tu saya still jumpa sampai sekarang sebab satu kos amik degree kat Shah Alam sekarang nih. 

Kitorang ni first jumpa dekat kolej Mahsuri no bilik F4-04-06 di UiTM Kedah. Duduk sebilik sepanjang 3 tahun kot. Tak penah rasa nak tukar bilik sekali pun.hehee. 


pic baru Fatimah Ali n Mimie (Shima sila jgn jeles!) ;)

Nur Syamimi Nordin si budak kecik 

Nor Hasimah Hamzah si buah Pear

Rindu sangat okeh. Especially kat Shima  yang kat UiTM Arau sekarang nih. Untuk kamu jugak yea Nur Syamimi Nordin.

p/s: Syima..Fatimah Ali dan Nur Syamimi Nordin tunggu kamu d sini oke. :(
to GH..jgn jeles yea..  =p (saya sentiasa sayang kamu-kamu.) poyo lagi sekali. =p



Beza Antara Cinta dan Suka ♥

Assalamualaikum...
Adakah entry ni dibuat sebab Fatimah Ali tengah stress???YES!! YES!! YES!! layan jelah yea

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.